top of page

JUNE 2024

10 Jun 2024




G-EFFORT PROGRAM SAPULUT 2024

On 7th June 2024, MEF held our annual G-Effort Program at SMK Sepulot in the Pensiangan district. MEF extended a warm welcome to 41 new Form 1 students from SMK Sepulot and provided them with cash assistance for the first time, along with new school bags, essential hygiene packs, and stationery packs.


Existing sponsored students also received essential hygiene and stationery packs for the first time as part of our latest initiative under GE for this year.


The content of the packs are as follows:

  1. Stationery Packs: Includes exercise books, logbooks, exam papers, and geometry sets, given twice a year.

  2. Essential Hygiene Packs: Contains body soap, shampoo, toothpaste, and toothbrushes, distributed three times a year. Female students receive extra support for their personal needs.


The journey from Kota Kinabalu to SMK Sepulot takes about three hours, and vehicles can access the school and the villages where these students are from. However, most parents of students there work as farmers, facing uncertain incomes and do not have the necessary means to support their children’s education.


MEF is thankful to be able to play a part in providing assistance to the students and to alleviate the burden of their families, especially the parents. We are also moved by the teacher’s enthusiasm in witnessing the support extended to the students!





PROGRAM G-EFFORT SAPULUT 2024

Pada 7 Jun 2024, MEF telah melaksanakan Program G-EFFORT di SMK Sepulot, kawasan Pensiangan. MEF telah mengalu-alukan seramai 41 orang pelajar baru Tingkatan 1 dari SMK Sepulot. 


MEF telah memberi bantuan tunai pertama kali kepada pelajar baru beserta bantuan beg sekolah berisi set alat tulis dan bantuan kit kebersihan diri. Pelajar tajaan MEF sedia ada seramai 26 orang pelajar menerima bantuan set alat tulis dan bantuan kit kebersihan diri. 


Bantuan set alat tulis terdiri daripada buku latihan, buku log panjang, kertas peperiksaan, set alat tulis, dan set geometri. Bantuan kit kebersihan diri pula terdiri daripada sabun badan, syampu, ubat gigi, dan berus gigi. Setiap pelajar perempuan menerima bantuan tambahan untuk keperluan peribadi wanita. Bantuan set alat tulis diberikan dua kali setahun manakala bantuan kit kebersihan diri diberikan tiga kali setahun. 


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke SMK Sepulot mengambil masa lebih kurang tiga jam dan kenderaan boleh sampai ke sekolah namun majoriti ibubapa pelajar di SMK Sepulot bekerja sebagai petani dan sumber pendapatan tidak menentu. 


Oleh itu, pihak MEF sangat berbesar hati kerana dapat meringankan tanggungan ibu-bapa pelajar yang di bawah tajaan MEF dengan pemberian bantuan-bantuan pada hari tersebut. Rombongan MEF juga terharu melihat keterujaan guru-guru apabila melihat bantuan-bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar terlibat.






 



G-EFFORT PROGRAM MATUNGGONG 2024

On 15th June 2024, MEF held our annual G-Effort (GE) program at Dewan Mini, Pejabat Kecil in Matunggong district. 


New and existing sponsored students, along with their parents were present for the day’s event and our Matunggong district’s program coordinator delivered a speech thanking the Foundation’s effort and aid that will help lighten the financial burden on the students and their families while encouraging the students to work hard and do well at school.


The day’s program ended with the distribution of financial aid, school bags, stationery and essential hygiene packs to all students. Several students have expressed their gratitude and promised to use the aid well and diligently in their education journey.


Matunggong is our last area for this first round of aid distribution under the GE program for 2024.





PROGRAM G-EFFORT MATUNGGONG 2024

Pada 15 jun 2024 yang lalu, Majora Education Foundation telah mengadakan majlis penyerahan bantuan G-Effort, majlis yang bermakna ini diadakan di Dewan Mini, Pejabat Kecil Matunggong dan dihadiri daripada pelajar tajaan fasa 2020 hingga fasa tahun 2024, disertai dengan para ibu-bapa dan yang berusaha, Puan Juliana Inggodok selaku penyelaras kawasan Matunggong. 


Acara dimulakan dengan tayangan video pengenalan Majora Education Foundation (MEF), dan diikuti dengan ucapan aluan daripada wakil MEF. Wakil MEF mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para hadirin yang telah hadir bagi menjayakan majlis yang bermakna ini.


Seterusnya, yang berusaha Puan Juliana Inggodok selaku penyelaras kawasan Matunggong menyampaikan ucapan. Beliau memuji usaha murni yang dilakukan oleh pihak MEF dan berharap agar bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pelajar dan membantu mereka mencapai kejayaan dalam pelajar


Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan bantuan kepada 33 pelajar tajaan baru 2024. Setiap pelajar akan menerima bantuan tunai pertama kali, bag sekolah, bag alat tulis dan bag kit kebersihan. Pelajar-pelajar yang menerima bantuan tersebut kelihatan gembira dan bersyukur. Salah seorang pelajar tajaan, Dearyana Cryschell Samuel dari tingkatan 1, Smk Sikuati Kudat  mengucapkan terima kasih kepada MEF dan berjanji akan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin untuk belajar dengan lebih tekun. 


Matunggong adalah kawasan terakhir untuk sesi pertama program GE pada tahun 2024.











bottom of page